Beliau ialah
penyusun Ratib Alaydrus yang sering dibaca di beberapa majlis taklim, marga
beliau bergelar Alaydrus yang ertinya ketua orang-orang tasauf.
Beliau lahir di Tarim pada 10 Zulhijjah 811H. Ayah beliau bernama Habib Abu Bakar Sakran dan ibunya bernama Mariam dari seorang zuhud bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Barusyaid.
Beliau lahir di Tarim pada 10 Zulhijjah 811H. Ayah beliau bernama Habib Abu Bakar Sakran dan ibunya bernama Mariam dari seorang zuhud bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Barusyaid.
Habib Abdullah Alaydrus bin Abu Bakar
Sakran seorang wali qutub (imamnya para wali) dan seorang ahli sufi. Sejak kecil
beliau gemar sekali membaca karya-karya ulama termasyhur seperti kitab Ihya
ulumudin karangan Imam Ghazali hingga beliau hampir hafal kerana seringnya
membacanya.
Beliau selalu tawaduk, beliau selalu
duduk di atas tanah dan senantiasa sujud di tanah sebagai rasa bahawa dirinya
tidak ada apa-apanya di hadapan Allah SWT. Kerap kali beliau mengangkat sendiri
barang-barang keperluannya dan tidak memperkenankan orang lain untuk membantu
membawanya. Beliau selalu berjalan ketempat-tempat yang jauh untuk taklim kepada
seorang ulama. Jika merasa haus beliau meminum air hujan.
Menurut cerita beliau selalu
menjalankan puasa-puasa sunat selama dua tahun dan berbuka hanya dengan 2 biji
kurma. Kecuali pada malam-malam tertentu di mana ibunya datang membawakan
makanan kepada beliau. Lantas beliau memakannya sebagai penghormatan kepada
ibunya. Beliau melakukan puasa tersebut untuk mengekang hawa nafsunya, karena
dari sumber makanan, perut terlalu kenyang bisa menyebabkan orang malas untuk
beribadah dan selalu menuruti hawa nafsunya.
Beliau berguru kepada ulama-ulama
besar seperti:
- Syeikh Muhammad bin Umar
Ba’alawi
- Syeikh Sa’ad bin Ubaidillah bin Abi
Ubei
- Syeikh Abdullah
Bagasyin
- Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin
amar
- Syeikh Umar Muhdor (mertua nya
seorang ulama ahli sufi)
Beliau menikah dengan anak gurunya
Habib Umar Muhdor yang bernama Syarifah Aisyah karena Habib Umar Muhdor mendapat
isyarat dari para pendahulunya untuk menikahkan anaknya dengan Habib Abdullah
Alaydrus. dan Beliau dianugerahkan lapan anak empat putera dan empat
puteri.
Beberapa ulama memuji Habib Abdulloh
Alaydrus di dalam karangannya diantaranya Al-Yafie dalam kitab Uqbal Barahim
al-Musyarokah, muridnya Habib Umar bin Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya
Al-Hamrah mereka menceritakan tentang manaqib, kewaliaan dan karamah-karamah
beliau yang terjadi sebelum dan sesudah beliau dilahirkan.
Sebahagian para auliya bermimpi
bertemu dengan Rosulullah s.a.w. dan memuji Habib Abdullah Alaydrus dengan
sanadnya, ”Ini anakku…ini ahli warisku…..ini darah
dagingku…..ini rahsiaku…..ini ahli waris sunnahku….orang-orang besar akan
mempelajari ilmu tarekat darinya”.
Diantara yang mengambil dan belajar
tarekat dari beliau ialah Habib Ali bin Abu Bakar Sakran, Habib Umar Ba’alawi
dan lain-lain.
Habib Abdullah Alaydrus menghembuskan
nafas yang terakhirnya pada 12 Ramadhan 865H dalam usia 54 tahun dan dimaqamkan
di Tarim, Hadramaut, Yaman.
Karya beliau
selain Ratib Alaydrus ialah kitab Alkibritul Ahmar dan syarahnya dalam bentuk
syair.
Langgan: Poskan Komentar (Atom)
0 comment:
Link ke posting ini